Followers

Tuesday, December 27, 2011

DUHAI AYAHANDA...

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita??




Semasa kecil ibulah yang selalu mendukung kita
Tapi tahukah kita sebaik sahaja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayah selalu menanyakan apa yang kita lalukan seharian..??



Saat kita sakit demam ayah sering membentak jgn minum ais.. 
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau..??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. 
Ayah dengan tegas cakap TAK BOLEH..!! 
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita.. 
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.. 

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.. 
Maka kita telah melangar kepercayaannya, 
Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. 

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah untuk belajar.. 
Di saat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya.. 

Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. 
Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita ayahlah tersenyum bahagia..

Apa kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..?? 
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. 
Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya”.. 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. 
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..




ya Allah..
Meskipun papa tidak sempat mengecapi rasa puterinya ini berjaya, tidak sempat melihat puterinya ini berbahagia bersama pasangannya, tidak sempat memegang tangan kecil cucu-cucunya...ku ingin papa tahu bahawa puterinya ini sangat berbangga mempunyai ayah sepertinya...kerana...papa adalah ayah yg terbaik yg sering bersabar walaupun puterinya ini sering membentak segala arahannya...
ya Allah...
Kau tempatkanlah papa di kalangan org yg beriman..
Dan..Kau kirimkanlah bahawa puterinya ini sentiasa merinduinya...alFatihah...

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.