Followers

Friday, February 25, 2011

HARGAILAH SELAGI ADA DI SISI

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


pelajar : "Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Guru : "Ok, kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yg PALING CANTIK, bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput di tangannya. Cikgu bertanya,

Guru : "Kenapa tiada rumput yg di pilih?"

Pelajar : "Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yg PALING CANTIK. Memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata petik yg PALING CANTIK, maka saya pun terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya xjumpa pun yg PALING CANTIK. Mungkin ada di antara yg di belakang saya tadi rumput yg PALING CANTIK tapi dah cikgu cakap x boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg boleh saya petik."


Guru : "Ya, itulah jawapannya. Maksudnya, apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang, janganlah kita mencari yg lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yg berada di depan kita itu sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yg palingkita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Mahupun kalau di ikutkan banyak lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi."

1 comments:

C.I.K L.A.D.Y.B.U.G said...

ok..cter ni la mnyebabkn org itu sdar.. keh3.. :p

Post a Comment

Powered by Blogger.