Followers

Sunday, January 2, 2011

CINTA

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yg kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta...Cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yg engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dgn sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yg dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dgn cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA MENGHARAP KEMBALI. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yg ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yg MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.

Cinta umpama 'treasure hunt'. Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yg paling menggembirakan. Namun di dlm perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita kan tersungkur dan hadiah utamanya akan dikebas orang lain. Tetapi usahla kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi. tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dlm cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau itu bukan matlamat dlm setiap percintaan.

Kadangkala orang yg paling mencintaimu adalah orang yg tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu....kau akan menyedari dia adalah cinta yg tidak pernah kau sedari.

Cinta sesuatu yg indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membunuh. Bukan hanya 'keindahan cinta' yg dicari setiap insan...tetapi 'erti cinta' yg sesungguhnyalah yg selalu didambakan oleh setiap insan........

Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya....Jangan menyerah kerana cinta. Perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati.....

Manusia pernah merasakan sakitnya cinta akan selalu menjaga cintanya.....Kerana....bagi mereka yg tersakiti sangat mengerti bahawa cinta telah merubah hidupnya.......menjadi lebih bererti.....insyaALLAH...



credit to : amirul akram mohd hajazi........love u syg...

2 comments:

C.I.K L.A.D.Y.B.U.G said...

luv u 2~ haha

syazadani said...

saaayang asma teri!hahaha

Post a Comment

Powered by Blogger.